Test


Sunday, May 11, 2014

Selamat Hari Ibu?

Hari Ibu? 

Bila? 

Hari ini 11hb Mei 2014 bersamaan 11 Rejab 1435H dikatakan adalah sambutan Hari Ibu. 

Secara umumnya Hari Ibu ataupun Mothers Day di Malaysia, Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Jepun dan beberapa buah negara lain disambut pada hari Ahad ke-2 pada bulan Mei setiap tahun. 

Tetapi sambutan Hari Ibu tidak begitu menjadi trending pengguna laman sosial Facebook di Malaysia khususnya bagi umat Islam. 

Mungkin ini disebabkan teguran oleh beberapa ustaz dan ustazah selebriti di Facebook itu sendiri agaknya.

 photo hariibu9_zps58e85ca7.jpg

Walaupun tidak menjadi terlalu trending, ada juga pemilik akaun laman sosial Facebook di Malaysia yang merakamkan ucapan dan gambar ibu masing-masing di wall Facebook mereka.

 photo hariibu12_zps71c66022.png


 photo hariibu13_zpsebcffc51.png


 photo hariibu1_zps375d1b31.png


 photo hariibu2_zps7dd6053c.png


 photo hariibu14_zpsf8481ab5.png


Lebih menarik lagi, sambutan Hari Ibu pada 11hb Mei 2014 ini turut mendapat perhatian daripada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak. 

Beliau sempat merakamkan ucapan sempena Hari Ibu kepada ibunya iaitu Tun Rahah Tan Sri Mohammad Noah di wall fan page rasmi Facebook beliau.


 photo hariibu7_zps2c407431.png


Tidak ketinggalan selebriti popular Malaysia turut mengabdikan ucapan sempena hari Ibu ini di wall fan page Facebook masing-masing. 

Perkongsian ucapan Hari Ibu oleh lagenda rock negara Amy Search sangat menarik perhatian dengan mendapat lebih 4,000 'like' dan puluhan 'share'. 


 photo hariibu11_zps5fb967a8.png


Aktres wanita antara yang popular di Malaysia Scha Alyahya juga tidak ketinggalan berkongsi rasa sempena Hari Ibu ini di wall fan page beliau. Selain Scha Alyahya, Monoloque dan pelakon, pelawak, pengarah, penyanyi dan penerbit profilik tersohor Malaysia, Afdlin Shauki turut berkongsi perasaan yang sama.


 photo hariibu8_zps7a020dfc.png

 
 photo hariibu10_zps581cb89e.png


 photo hariibu4_zps61346b42.png


Sedikit info berkenaan Hari Ibu; 

Hari Ibu ialah hari pengiktirafan kaum ibu, yang disambut pada hari-hari berbeza di kebanyakan tempat merata dunia. Hari Ibu sama peranannya dengan Hari Bapa yang mengiktiraf golongan bapa.

Hari Ibu disambut pada hari berbeza antara negara kerana berbagai-bagai asal-usulnya.


Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.


Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.

Di China baru-baru ini, sesetengah orang mula memupuk Hari Ibu sebagai memperingati Meng Mu, ibu kepada Mencius, tetapi masih belum menjadi perayaan rasmi kecuali di beberapa bandar sahaja.


Sumber : wikipedia


Esok; 12hb Mei 2014 - Hari Jururawat