Test


Friday, May 16, 2014

16 Mei - Hari Guru

Bersamaan 16 Rejab 1435H, hari Jumaat - itulah dianya hari di mana Hari Guru edisi 16 Mei 2014 diraikan. 

Dengan tema Guru Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi sudah pastinya sambutan Hari Guru tahun 2014 ini menjanjikan sesuatu yang istimewa buat pecinta profesion ini. 

Bagi pemilik akaun laman sosial Facebook di Malaysia, Hari Guru adalah antara hari 'wajib' yang perlu diingati dan diraikan. Seawal mungkin post bagi memeriahkan lagi Hari Guru perlu ada, mesti ada pada status masing-masing.

 photo hari-guru3_zps014b5d52.png   

Tidak keterlaluan jika dikatakan guru adalah insan terpenting dalam hidup kita selepas ibu dan bapa. Siapa kita dan di mana status kita berdiri sekarang adalah hasil didikan insan bergelar guru dengan izin ALLAH SWT. 

Oleh kerana mengenangkan jasa yang amat-amat sukar dibalas itu maka pemilik akaun Facebook di Malaysia merakamkan ucapan Hari Guru di wall masing-masing. 

Tidak ketinggalan ustaz selebriti yang cukup terkenal, Ustaz Mohd Kazim Elias antara yang awal menulis post berkaitan Hari Guru di fan page Facebook beliau.

 photo hari-guru16_zps1da55d7a.png

Tetapi antara post yang menarik perhatian dan sangat menyentuh hati adalah post di bawah ini;

 photo hari-guru13_zpsb1519a50.png
 
Post yang diperolehi dari fan page Facebook hit.fm Kuching ini memaparkan kegigihan seorang guru lelaki yang mengharungi sungai menggunakan pelampung setiap hari semata-mata mahu mendidik anak muridnya di sekolah. 

Post ini mendapat lebih 160,000 'like' dan hampir 4,000 'share'. 

Cer cite macam mana kita nak balas budi guru mulia ini?

Ucapan terima kasih kepada para guru menjadi trending oleh pemilik akaun Facebook di Malaysia pada hari ini, 16 Mei 2014.

Sehinggakan Menteri Komunikasi & Multimedia Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek juga turut tidak ketinggalan;  

 photo hari-guru11_zps0aa97647.png

Cikgu juga rupanya Dato' Sri yea.

Sepanjang hari 16 Mei 2014, pengguna Facebook di Malaysia terus merakamkan 'ucapan terima kasih cikgu' dengan stail dan kreativiti masing-masing.

 photo hari-guru1_zps3b458a84.png  


 photo hari-guru2_zpsdf767edf.png


 photo hari-guru4_zps5d3634d3.png


 photo hari-guru6_zpsb3b037ee.png


 photo hari-guru7_zps0d2b81e3.png


 photo hari-guru8_zps14cbc51a.png


 photo hari-guru9_zpscc65a904.png


 photo hari-guru10_zpsdfdc27a7.png


 photo hari-guru12_zps904ecc35.png


 photo hari-guru14_zpsff12c66a.png


 photo hari-guru15_zpscad8afa1.png
   

 photo hari-guru17_zps17a1f9e2.png


 photo hari-guru18_zps34483125.png


 photo hari-guru19_zps29f2c180.png


 photo hari-guru20_zpsc78803e8.png


 photo hari-guru21_zps8262fe68.png


Dari  sumber wikipedia;

Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. 

Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru adalah disebabkan tarikh yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan.

Objektif Hari Guru;

1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

2. Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

3. Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.

4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.

6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.



Terima kasih cikgu.