Test


Friday, May 23, 2014

Fu Wa, Feng Yi - Panda Pinjam Tiba Di Malaysia

Sebaik sahaja berita ketibaan 2 ekor beruang panda gergasi tiba di Malaysia pada 21 Mei 2014, trending 'beruang panda' mula menguasai status-status pemilik akaun laman sosial Facebook di sini. 

Beruang panda gergasi yang bernama Fu Wa (jantan) dan Feng Yi (betina) dilaporkan tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi 21 Mei 2014. Kedua-dua ekor beruang panda gergasi ini dipinjamkan selama 10 tahun oleh negara China kepada Malaysia. Kos 'pinjaman' Fu Wa dan Feng Yi dikatakan menelan belanjan sebanyak RM60 juta!

Kehadiran dua ekor beruang panda gergasi tersebut adalah sebagai simbolik hubungan diplomatik antara Malaysia-China yang telah terjalin selama 40 tahun. 

Berita lanjut boleh baca di sini; Kita Dah Ada Panda!

Antara respons pengguna Facebook di Malaysia akan kedatangan Fu Wa dan Feng Yi ke sini; 

 photo panda-FuWa-FengYi20_zpscee889b7.png

 photo panda-FuWa-FengYi7_zps02fdbcfb.png

 photo panda-FuWa-FengYi4_zpse2b5d9d2.png

 photo panda-FuWa-FengYi21_zps17aeceb0.png

 photo panda-FuWa-FengYi25_zps28ae84f1.png

 photo panda-FuWa-FengYi14_zps770557b8.png

 photo panda-FuWa-FengYi19_zpsc99b3117.png


Tetapi apabila kos pemeliharaan Fu Wa dan Feng Yi mencecah PULUHAN JUTA Ringgit Malaysia, status-status sinis, memperli dan tidak kurang juga mempertikaikan apa perlunya 'mereka' berada di Malaysia tersebar luas di kebanyakkan wall fan page dan juga wall personal pemilik akaun laman sosial Facebook.


 photo panda-FuWa-FengYi5_zpsda38b1b3.png
 
Antara yang post yang sinis memperli kedatangan Fu Wa dan Feng Yi;

 photo panda-FuWa-FengYi18_zps998638ac.png

Post ini pun boleh tahan 'pedas' nya. Yang berkenaan, sila sentap jika perlu!

 photo panda-FuWa-FengYi6_zpsc41f6257.png

 photo panda-FuWa-FengYi23_zps8b747648.png

 photo panda-FuWa-FengYi11_zps9c46b355.png

Menteri yang dapat B-O-D-O-H free pun ada;

 photo panda-FuWa-FengYi12_zpse07def71.png

Antara nama baru yang sesuai diberikan kepada beruang panda gergasi tersebut;

 photo panda-FuWa-FengYi9_zps243a9a1d.png

 photo panda-FuWa-FengYi13_zps9d6ee974.png

Antara Malaysia, China, beruang panda dan MH370 - semuanya kuasa Yang Maha Berkuasa; ALLAH SWT;

 photo panda-FuWa-FengYi16_zpsad4b2c02.png  

Tolong jangan marah Fu Wa dan Feng Yi. 'Mereka' sangat comel!

 photo panda-FuWa-FengYi8_zps7270198d.png


Sedikit info mengenai beruang panda gergasi;

Panda juga dikenali sebagai beruang panda ataupun panda gergasi. Mempunyai tompok berwarna hitam yang unik di sekitar mata, atas telinga dan bentuk fzikal badan yang bulat, amat mudah untuk membezakan spesis beruang panda gergasi yang berasal dari selatan tengah negara China ini dengan spesis beruang yang lain. 

Diet beruang panda gergasi ini 99% berasaskan buluh manakala panda yang habitatnya di hutan sekali sekala memakan jenis-jenis rumput tertentu dan ubi liar. Panda yang biasa tinggal di hutan juga mempunyai selera karnivor di mana panda ini akan memakan daging burung dan tikus serta bangkai haiwan mati.

Bagi panda dalam kurungan pula, 'mereka' boleh menerima diet seperti madu, telur, ikan, keladi, daun pokok-pokok renek, oren, atau pisang yang disediakan khas.

Di negara China, habitat asal beruang panda gergasi ini terletak di banjaran gunung terutamanya di wilayah Sichuan, Shaanxi dan Gansu. Oleh kerana penerokaan hutan untuk tujuan pertanian dan pembangunan setempat, panda-panda ini melarikan diri ataupun dihalau ke kawasan tanah rendah.

Oleh kerana habitat semula jadinya diganggu manusia, bilangan panda gergasi ini semakin berkurangan dan menjadikan haiwan comel ini spesis yang dilindungi. 

Mengikut laporan yang dikeluarkan pada tahun 2007, hanya 239 ekor beruang panda gergasi yang hidup dalam kurungan di China. Manakala terdapat 27 ekor sahaja panda yang hidup dalam kurungan di seluruh dunia. 


Sumber : wikipedia