Test


Monday, May 26, 2014

Tewas Piala Thomas 2014

Setelah 22 tahun, Malaysia masih gagal membawa pulang Piala Thomas ke Kuala Lumpur. Kali terakhir kita memegang Piala Thomas adalah pada tahun 1992. 

Siaran langsung perlawanan akhir Piala Thomas yang diadakan di New Delhi, India bermula tepat 5:30 petang waktu Malaysia. RTM dan Astro menjadi penyiar rasmi kepada rakyat Malaysia untuk bersama-sama memberi sokongan kepada skuad negara bagi merebut kembali Piala Thomas. 

Tewas kepada negara Jepun 2-3, bukanlah sesuatu yang diharapkan oleh rakyat Malaysia. Kekecewaan mereka diluahkan secara terus ke wall personal Facebook masing-masing. Rata-rata secara jujurnya sedih kerana gagal menewaskan Jepun pada perlawanan akhir tersebut namun tetap memuji kesungguhan skuad negara yang bermain bermatian-matian untuk membawa kembali Piala Thomas ke Malaysia. 

Untuk rekod, ini kali pertama Jepun memenangi Piala Thomas sejak diperkenalkan pada tahun 1949.

 photo piala-thomas-cup2014-1_zpsf861b41e.png

 photo piala-thomas-cup2014-11_zps4eee8a06.png

 photo piala-thomas-cup2014-16_zps6596fdcb.png

 photo piala-thomas-cup2014-17_zps8b28b7fa.png

 photo piala-thomas-cup2014-18_zpse2216fe6.png

 photo piala-thomas-cup2014-20_zpsab09307b.png

 photo piala-thomas-cup2014-8_zps9aed2067.png

Yang ini agak mencuit hati; 

 photo piala-thomas-cup2014-21_zps2cb79346.png

Tetapi apa yang pasti jika Malaysia menang, bermakna CUTI!

 photo piala-thomas-cup2014-14_zps4e863597.png

Ada 2 kekecewaan di sini. Sedih tak menang Piala Thomas dan sekaligus frust gila tak dapat CUTI free! Fuhhh~

Macam-macam jenis luahan rasa hati dikongsikan oleh pemilik akaun laman sosial Facebook di Malaysia.

Ada yang tidur dalam kekecewaan;

 photo piala-thomas-cup2014-22_zpsb8680ef9.png

Ada juga yang mengigau. Hohoho~

 photo piala-thomas-cup2014-7_zpsf6fcb8ee.png

Tak kurang juga yang membuat analisis saintifik sebab mengapa Malaysia kalah dengan negara Jepun yang boleh dianggap bukan calon yang layak membawa pulang Piala Thomas jika dibandingkan dengan negara China dan Indonesia.

 photo piala-thomas-cup2014-15_zpscc2854e8.png

 photo piala-thomas-cup2014-5_zps022000d7.png

 photo piala-thomas-cup2014-4_zps044aadc2.png

 photo piala-thomas-cup2014-3_zps80a5bd9e.png

Apa pun itu semua telah menjadi sejarah. Tahniah dan jutaan terima kasih buat skuad Piala Thomas 2014 kita. Anda semua tetap awesome!

 photo piala-thomas-cup2014-10_zps0c6c3538.png

 photo piala-thomas-cup2014-13_zps1e2711f2.png

 photo piala-thomas-cup2014-9_zps27205d6d.png


p/s : Untuk makluman, sasaran skuad Piala Thomas 2014 adalah hanya layak ke peringkat separuh akhir sahaja berdasarkan prestasi semasa. Layak ke perlawanan akhir Piala Thomas adalah sesuatu yang tidak dijangkakan dan boleh dianggap sebagai bonus kepada skuad negara dan juga rakyat Malaysia.



Sedikit info berkenaan Piala Thomas;

Kejohanan Piala Thomas ialah sebuah kejohanan utama badminton peringkat antarabangsa bagi berpasukan lelaki yang berlangsung setiap 2 tahun sejak 1982

Kejohanan ini diberi nama Piala Thomas bersempena dengan nama bekas Presiden BWF, Sir George Alan Thomas yang menderma piala ini pada tahun 1939.


 photo piala-thomas-cup_zpsc6363dc3.jpg

Pertandingan pertama berlangsung pada 1948 hingga 1949 manakala acara bagi berpasukan wanita pula diadakan pada tahun 1956 dan dikenali Piala Uber.

Pusingan kalah mati menentukan juara, lima perlawanan (3 perseorangan dan 2 beregu) pada setiap satu peringkat. Pasukan pertama yang berjaya memenangi 3 perlawanan pertama mara ke pusingan seterusnya.

Pemegang gelaran terbanyak Piala Thomas sekarang ialah Indonesia dengan 13 gelaran.


Sumber : wikipedia