Hari ini 6 Mei 2014 bersamaan 6 Rejab 1435H, lebih kurang jam 2 pagi Seniman Datuk Aziz Sattar, 89 meninggal dunia di Pusat Perubatan KPJ, Kajang.
Sebelum itu, Allahyarham Datuk Aziz Sattar dimasukkan ke Hospital Kajang pada hari Ahad selepas mengadu sakit dada sebelum rebah akibat serangan jantung.
Sebaik sahaja berita sedih pemergian Allahyarham Datuk Aziz Sattar diketahui, rata-rata pemilik akaun laman sosial Facebook di Malaysia merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham.
Bermula seawal-awal pagi, ucapan takziah dan bacaan Al-Fatihah buat Allahyarham Datuk Aziz Sattar menjadi trending kepada pemilik akaun laman sosial Facebook di Malaysia pada 6 Mei 2014.
Seperti yang dapat dilihat, jumlah 'like' memaklumkan pemergian Allahyarham mencecah puluhan ribu dan juga mendapat ratusan 'share.'
Tidak kira ahli politik yang berpengaruh, mahupun individu yang 'biasa-biasa' ucapan takziah dan bacaan Al-Fatihah buat Allahyarham Datuk Aziz Sattar terus menjadi post wajib pada wall kebanyakkan pemilik akaun laman sosial Facebook di Malaysia pada 6 Mei 2014.
Begitu besarnya pengaruh bakat lakonan Allahyarham Datuk Aziz Sattar sehinggakan hembusan nafas terakhir beliau menjadi trending bagi pengguna Facebook di Malaysia.
Berikut sedikit info berkenaan Allahyarham Datuk Aziz Sattar ataupun nama sebenarnya Abdol Azez Satta yang lebih mesra dipanggil Pak Ajis semasa hayatnya.
Allahyarham Pak Ajis yang dilahirkan pada 8 Ogos 1925 merupakan salah seorang seniman serba boleh. Beliau telah terbabit dalam bidang seni sebagai pelakon, pengarah filem, pelawak dan penulis skrip sepanjang kerjaya beliau.
Dilahirkan di Pekalongan, Provinsi Jawa Tengah, Indonesia, Allahyarham Datuk Aziz Sattar mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura.
Sejarah hidup Pak Ajis di Tanah Melayu bermula ketika berusia tiga tahun, apabila dia mengikut bapanya, Sattar Sawal dan ibunya, Satimah Jalal, berhijrah ke Singapura pada 1928. Dibesarkan di kampung Pasir Panjang, di situlah dia mempunyai dua kawan rapat yang turut menjadi pelakon terkenal - Allahyarham Salleh Kamil dan Allahyarham Shariff Dol.
Mendapat pendidikan Sekolah Melayu hanya sehingga darjah lima kerana Pak Ajis tidak dapat menyambung pelajarannya ketika zaman pendudukan Jepun di Malaya.
Pada umur seawal 10 tahun, beliau yang mempunyai bakat pelawak semulajadi telah mula menyanyi dan menari di majlis-majlis perkahwinan dan kenduri-kendara di kampung. Dalam usia awal 20-an, beliau bekerja sebagai pemandu lori dengan gaji sebanyak RM150.
Kehidupan Allahyarham Datuk Aziz Sattar mula berubah pada 1952 apabila dia diajak dua teman sekampungnya bekerja di studio Malay Film Productions.
Pada peringkat awal, Pak Ajis sekadar bekerja sebagai juru alihsuara. Namun, beliau terkejut kerana gajinya ketika itu jauh lebih rendah berbanding kerjanya sebagai pemandu lori iaitu hanya RM70 sebulan .
Pada 1953, Allahyarham Datuk Aziz Sattar dipelawa berlakon sebagai watak tambahan dalam filem Putus Harapan. Filem pertama Pak Ajis di mana beliau diberi watak penting adalah filem Arjuna, diikuti siri filem Bujang Lapok dan filem Aksi Kucing.
Sumber : wikipedia
Al-Fatihah dihadiahkan untuk Allahyarham Pak Ajis. Semoga rohnya berada dikalangan mereka yang terbaik di sisi ALLAH SWT. Amin...